Tuesday 22 October 2013

Selamat bersara Cikgu Ramli bin Jusoh, PK HEM SKRR

Pada 22 Oktober 2013, telah diadakan Majlis Persaraan Cikgu Ramli bin Jusoh yang secara rasminya menamatkan khidmatnya sebagai seorang guru. Sesungguhnya persaraan Cikgu Ramli adalah suatu kehilangan yang besar buat kami warga SKRR. Segala khidmat,jasa dan pengorbanan beliau sepanjang berada di sekolah ini amat dihargai.Kami, warga SKRR mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Ramli dan mendoakan agar beliau sentiasa dirahmati olehNya. Jutaan terima kasih dari kami atas segalanya.
~TERIMA KASIH CIKGU~
~Selamat bersara~





Sunday 21 July 2013

PROGRAM IHYA RAMADAN

SALAM RAKAN-RAKAN GURU,

Program Ceramah Sempena Ihya- Ramadan Peringkat Sekolah.

Tarikh : 23 Julai 2013        ( SELASA)
Masa   : 2.00 petang
Tempat  : Dewan Sk Ru Rendang.
Kehadiran : Semua guru dan murid tahap 2

Penceramah : Ustaz Ahmad Yazi bin Omar

Semoga ceramah ini menambahkan lagi ilmu dan mendapat keberkatan daripada ALLAH S.W.T.
Sekian terima kasih.

Monday 20 May 2013

SELAMAT BERSARA CIKGU ABU BAKAR BIN EMBONG

Warga Sk Ru Rendang telah mengadakan majlis persaraan Cikgu Abu Bakar bin Embong yang secara rasminya menamatkan khidmatnya sebagai pendidik  pada 24 April 2013.  Kami warga SKRR mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Abu Bakar. Jasamu akan kami kenang sehingga akhir hayat....

Gambar-gambar kenangan bersama Cikgu Abu Bakar










Sunday 24 February 2013

Selamat Datang Ke Blog Rasmi SK Ru Rendang

Assalamualaikum.Selamat datang diucapkan kepada semua pembaca ke blog rasmi SK Ru Rendang. Blog ini dibangunkan khusus untuk memaparkan maklumat berkenaan sekolah,aktiviti sekolah dan sebagainya sebagai medium perkongsian maklumat. Semoga anda semua mendapat manfaat dan info berguna dari blog ini. Terima kasih diucapkan atas kesudian pembaca melayari blog kami.
                                                

Sunday 13 January 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Warga pendidik SK Ru Rendang mengucapkan "Selamat Kembali Ke Sekolah" bagi tahun 2013 buat anak - anak didik SKRR yang dikasihi lagi disayangi.Semoga kehadiran tahun 2013 memberikan sinar dan  semangat baru bagi pelajar -pelajar dalam menuntut ilmu seterusnya memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang.