Info Sekolah

SEJARAH SK RU RENDANG


        Nama sekolah diambil sempena nama kampung Ru Rendang yang berasal dari sebatang pokok ru. Lokasi SKRR terletak di atas sebuah bukit yang keluasan keseluruhannya ialah 4.234 hektar dan jaraknya kira-kira 15 km dari bandar Kuala Terengganu dan 3 km dari bandar Marang.


        Sekolah ini dibuka secara rasminya pada 1 Februari 1990 bersamaan 5 Rejab 1410 oleh YB  Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu Menteri Pelajaran Malaysia. Keramaian murid ketika itu ialah 380 orang dan guru seramai 20 orang termasuk seorang guru berbangsa Cina. Pada masa itu, hanya terdapat 2 blok bangunan yang boleh menampung 12 bilik darjah, 1 perpustakaan,1 kantin, 1 pejabat, 1 bilik guru dan juga sebuah surau.


Gambar Perasmian SKRR oleh YB  Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1 Februari 1990




VISI SEKOLAH


Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.

MISI SEKOLAH

Sekolah unggul penjana generasi terbilang.

MOTO SEKOLAH

Berilmu
Beramal 
Bertakwa



No comments: